Monday 23 July 2012

Pameran Matematik.

Sepanjang hampir 5 tahun setengah bergelar guru pelatih di Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Teknik, terdapat pelbagai pengalaman dan ilmu yang telah saya timba untuk dijadikan bekalan kelak, ketika menjadi seorang guru yang sebenar.

Pelbagai aktiviti telah dianjurkan oleh pihak IPG dalam mendedahkan saya dan guru-guru pelatih yang lain kepada dunia pendidikan terutamanya dalam bidang Matematik. 

Antara aktiviti yang menjadi kegemaran saya semestinya ialah Pameran Matematik. Pameran Matematik bukan sahaja bertujuan untuk berkongsi Alat Bantu Mengajar (ABM) yang telah dihasilkan bersama rakan-rakan guru pelatih yang lain, bahkan kami turut diminta untuk mengemukakan idea kreatif masing-masing dalam mereka bentuk permainan-permainan Matematik yang menarik yang boleh digunakan dalam sesi P&P. 

Paparan di bawah adalah antara gambar-gambar yang telah saya kumpul daripada koleksi gambar saya dan rakan-rakan guru pelatih yang lain sepanjang kami menganjurkan Pameran Matematik di Institut.

Tessellation

Tessellation berunsurkan origami

Puan Timbalan Pengarah sedang mendengar penjelasan daripada exhibitor

ABM - Sesuai digunakan untuk topik Pengenalan Masa

ABM - Sesuai digunakan untuk sub-topik Menentukan Masa

Rakan-rakan kumpulan lain 

Rakan-rakan sekumpulan 

Melawat tapak pameran kumpulan-kumpulan lain

Rakan-rakan seperjuangan

Bentuk 2D dan 3D

Ciri-ciri bentuk 2D dan 3D

No comments: