Sunday 29 July 2012

Mathematics Teaching Methods and Techniques : Investigation

There are 8 teaching methods and techniques in teaching Mathematics to primary/secondary school children. Those 8 teaching methods and techniques are : 
  • Discovery Method 
  • Discussion-Teaching Method
  • Expository Method 
  • Inductive Deductive Approach 
  • Investigation Method
  • Laboratory 
  • Practical Work 
  • Presentation - Demonstration Method 
  • Questioning 

So, today we are going to learn a little bit of  Investigation Method. This method is often used in teaching Mathematics to young children because it will help children to acquire the knowledge better rather then them being given everything by the teacher in charge. 

For further explanation and understanding regarding this method, feel free to check out these attachments:







Wednesday 25 July 2012

Latihan : Perpuluhan Tahun 5

Hi adik-adik! Apa khabar? Semoga sihat-sihat sahaja hendaknya. Bagaimana dengan sekolah pada hari ini? Ada belajar sesuatu yang baru tak? Yang paling penting, ADA KERJA RUMAH TAK??? ;)

Tahukah adik-adik bahawa selain daripada latihan yang diberikan oleh guru di sekolah, adik-adik juga boleh membuat latihan sendiri di laman web yang terdapat di Internet. Kegunaan Internet bukan untuk melayari Facebook sahaja ya! :)

Di sini, saya ingin berkongsi satu laman web yang saya kira menarik serta bermanfaat untuk adik-adik iaitu http://www.superteacherworksheets.com/ Terdapat pelbagai latihan daripada pelbagai topik dalam subjek Matematik untuk adik cuba dan terokai. Di sini, saya letakkan satu contoh pautan ke laman web tersebut.

Sila klik pautan di bawah ini;


Jangan lupa untuk klik pada pautan tersebut dan cuba ya, good luck!

Monday 23 July 2012

Pameran Matematik.

Sepanjang hampir 5 tahun setengah bergelar guru pelatih di Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Teknik, terdapat pelbagai pengalaman dan ilmu yang telah saya timba untuk dijadikan bekalan kelak, ketika menjadi seorang guru yang sebenar.

Pelbagai aktiviti telah dianjurkan oleh pihak IPG dalam mendedahkan saya dan guru-guru pelatih yang lain kepada dunia pendidikan terutamanya dalam bidang Matematik. 

Antara aktiviti yang menjadi kegemaran saya semestinya ialah Pameran Matematik. Pameran Matematik bukan sahaja bertujuan untuk berkongsi Alat Bantu Mengajar (ABM) yang telah dihasilkan bersama rakan-rakan guru pelatih yang lain, bahkan kami turut diminta untuk mengemukakan idea kreatif masing-masing dalam mereka bentuk permainan-permainan Matematik yang menarik yang boleh digunakan dalam sesi P&P. 

Paparan di bawah adalah antara gambar-gambar yang telah saya kumpul daripada koleksi gambar saya dan rakan-rakan guru pelatih yang lain sepanjang kami menganjurkan Pameran Matematik di Institut.

Tessellation

Tessellation berunsurkan origami

Puan Timbalan Pengarah sedang mendengar penjelasan daripada exhibitor

ABM - Sesuai digunakan untuk topik Pengenalan Masa

ABM - Sesuai digunakan untuk sub-topik Menentukan Masa

Rakan-rakan kumpulan lain 

Rakan-rakan sekumpulan 

Melawat tapak pameran kumpulan-kumpulan lain

Rakan-rakan seperjuangan

Bentuk 2D dan 3D

Ciri-ciri bentuk 2D dan 3D

Friday 20 July 2012

Maths Riddle #1 : Crossing The River

A farmer is trying to cross a river.

He is taking with him a rabbit, carrots and a fox, and he has a small raft.

He can only bring 1 item at a time across the river because his raft can only fit either 
the rabbit, the carrots or the fox.

Now can you explain how does he cross the river?

;)

Monday 16 July 2012

Miskonsepsi Dalam Pengajaran Bentuk Dan Ruang : Bentuk 2D & 3D

Miskonsepsi atau kefahaman yang salah sering berlaku dalam proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) di kelas. Dalam subjek Teaching Of Geometry, saya dan rakan-rakan guru pelatih dikehendaki untuk membuat sedikit bacaan dan mengenal pasti sebab atau punca miskonsepsi ini terjadi serta mencadangkan langkah-langkah yang bernas bagi mengelakkan berlakunya miskonsepsi lagi kelak.  

Diharap perkongsian nota ini dapat membantu guru-guru yang mengajar subjek Matematik di sekolah rendah dalam membetulkan kefahaman murid-murid. 

Dan diharap perkongsian nota ini berguna bagi sesiapa yang memerlukan. Good luck!




















Friday 13 July 2012

Latihan : Penambahan Berat Tahun 3

Adik-adik, pernah masuk 'maze'? Pernah bermain permainan komputer berbentuk 'maze'? Jika belum, marilah mencuba latihan bagi topik penambahan berat tahun 3 dalam bentuk maze ini.

Apa yang adik-adik perlu lakukan ialah klik pada gambar di bawah untuk besarkan dan kemudian, pilih seleksi untuk mencetak gambar tersebut dalam saiz A4. 


Sebelum mula menjawab, baca arahan dengan teliti terlebih dahulu okay.

Dan jangan lupa untuk menyemak jawapan dengan abang/kakak/ibu/ayah/guru ye!

~ MALU BERTANYA SESAT JALAN ~

:)

Monday 9 July 2012

Fraction Strip.

Fraction strip ataupun dikenali dengan nama jalur pecahan dalam Bahasa Melayu. Apakah fraction strip ini? Hari ini saya akan menerangkan kegunaan fraction strip ini kepada pembaca sekalian. Fraction strip ini sangat sesuai digunakan untuk memperkenalkan pecahan kepada murid-murid. Topik pecahan akan mula dipelajari ketika murid-murid berada pada tahun 3. 

Menggunakan bahan berbentuk visual, terbukti murid-murid akan lebih memahami konsep yang diperkenalkan. Contohnya, seperti gambar di bawah;

Tada!
Mudah bagi guru yang mengajar untuk menunjukkan konsep pecahan dengan jelas bukan? Selain itu, fraction strip ini boleh didapati dalam pelbagai warna dan saiz.
Semuanya terpulang kepada guru, you choose what's best for your students. *wink*

Friday 6 July 2012

Cara Mudah Ingat Sifir 9.

Ketika menjalani praktikum pada semester-semester terdahulu, saya dapati terdapat masih ramai murid-murid yang keliru dan masih belum menguasai sifir 9, walaupun ada yang telah berada di tahun 5. 

Sebenarnya terdapat cara yang lebih mudah untuk mengingat sifir 9 ini. Biasanya saya membuat demonstrasi di hadapan kelas  bagaimana cara untuk mengingat sifir 9, tetapi ketika saya melayari internet pada suatu hari, saya terjumpa video yang menarik ini. 

Video ini mengajar kanak-kanak mengingati sifir 9 dengan cara mudah. Tambahan pula ia adalah dalam bentuk nyanyian. Murid-murid saya turut menyukai video yang saya tunjukkan tersebut. 

Saya berharap video ini dapat memberi faedah kepada pembaca sekalian. 

Selamat mencuba! :)

Monday 2 July 2012

First.

Hi! 

Welcome! 

So, what have you been learning today? :)