Thursday 30 August 2012

Maths Riddle #2 : Number Trick

Ms. Hana asked the class to see if they could find the sum of the first 50 odd numbers. As everyone settled down to their addition, Jaszle ran to her and said, 'The sum is 2,500.' Ms. Hana thought, 'Lucky guess,' and gave him the task of finding the sum of the first 75 odd numbers. Within 20 seconds, Jaszle was back with the correct answer.

How does Jaszle find the sum so quickly and what is the answer???

Tuesday 28 August 2012

Latihan : Penolakan Nombor Perpuluhan Tahun 5

Bertemu lagi kita pada kali ini! Apa khabar semua? Hari ini saya ingin berkongsi satu  lagi lembaran kerja yang pernah saya edarkan kepada murid-murid kelas 5 Kreatif ketika menjalani praktikum di SK Jalan Bellamy pada semester lepas. 

Seperti biasa, adik-adik perlu klik pada gambar di bawah terlebih dahulu untuk besarkan dan kemudian, pilih seleksi untuk mencetak gambar tersebut dalam saiz A4. 

Selamat menjawab! :)

Saturday 18 August 2012

Penilaian dan Pentaksiran.

Sebagai seorang guru, sudah semestinya menjadi kewajipan setiap daripadanya untuk mengukur dan mencatat prestasi yang ditunjukkan oleh murid-muridnya. 

Di dalam bidang pendidikan terutamanya bidang Matematik, tingkah laku mengukur dan mencatat prestasi murid-murid ini dikenali sebagai Pentaksiran dan Penilaian. 

Oleh itu, pada entri kali ini saya terpanggil untuk menerangkan dengan lebih lanjut tentang apa yang dikenali sebagai Penilaian dan Pentaksiran seperti yang di bawah;











 












Thursday 16 August 2012

Mari Menyanyi!

Saya pasti ada antara adik-adik yang kadangkala menghadapi kekeliruan dalam membuat penambahan atau penolakan melibatkan nombor perpuluhan.

Atas sebab itu saya ingin memperkenalkan satu lagu yang menarik yang akan membantu adik-adik untuk mengingati dan memahami konsep penambahan dan penolakan melibatkan nombor perpuluhan dengan lebih baik. Terutamanya bagi mengelakkan kesalahan meletakkan titik perpuluhan di tempat yang tidak sepatutnya. 

Sila rujuk lirik di bawah ketika ingin memulakan nyanyian.

Selamat menyanyi! :) 



Line up the decimals when you are adding or subtracting (x 2),
You will discover ones need the other,
The answer you get should be correct,
*So line up the decimals when you add or subtract.

Add extra zeroes when you’re filling in places,
When there an order you can’t be bolder,
That the answer you get should be correct,
So add extra zeroes when you add or subtract.

When you’re calculating make sure you’re right,
If no mistakes you’re making you’re very bright,
repeat * (x 2)

You will discover ones need the other,
The answer you get should be correct,
 So line up the decimals when you add or subtract.

Tuesday 14 August 2012

Penyelesaian Masalah Pendaraban Pecahan Tahun 5

Pada entri kali ini, saya ingin berkongsi maklumat dengan semua pembaca tentang sub-topik Penyelesaian Masalah Pendaraban Pecahan tahun 5 daripada topik Pecahan. 

Saya mengambil keputusan untuk berkongsi nota ini dengan semua pembaca kerana ketika menjalani praktikum pada semester yang lepas, saya mendapati murid-murid yang saya ajar tersebut agak lemah dalam penyelesaian masalah. Mereka cepat keliru dengan ayat-ayat yang digunakan di dalam soalan dan seterusnya menyebabkan mereka membuat pengiraan yang salah. 

Melalui nota beserta contoh yang saya sertakan di bawah ini, saya telah menyenaraikan langkah-langkah yang perlu difahami dan diikuti dalam menyelesaikan masalah dalam subjek Matematik. Iaitu menggunakan 4 langkah Model Penyelesaian Masalah Polya. 

Semoga kita semua mendapat kebaikan daripada perkongsian nota ini. :)






Sekarang, apa kata adik-adik pula cuba Contoh 2 di atas menggunakan 
4 langkah yang telah diajar.

Sunday 12 August 2012

Latihan : Penambahan Panjang Tahun 3

Assalamualaikum! Selamat pagi semua. Dah bersarapan? Kalau sudah, Alhamdulillah. Walaupun hari ini ialah hari cuti tapi tidak semestinya adik-adik boleh melupakan buku terus ya.

Bagi adik-adik yang berada di tahun 3, sudah semestinya adik-adik telah mempelajari topik Panjang yang melibatkan unit-unit untuk mengukur panjang sesuatu objek seperti unit meter (m) dan sentimeter (cm). 

Masih ingat lagi? 

Sementara mengisi masa lapang adik-adik di rumah pada hari Ahad yang permai ini, apa kata adik-adik cuba latihan penambahan topik Panjang yang melibatkan unit m dan cm. 

Adik-adik perlu klik pada gambar di bawah terlebih dahulu untuk besarkan dan kemudian, pilih seleksi untuk mencetak gambar tersebut dalam saiz A4.

Wednesday 8 August 2012

Maths Quotes #1

"If I were again beginning my studies, 
I would follow the advice of Plato and start with Mathematics."


- Galileo Galilei -

Saturday 4 August 2012

Luas dan Perimeter Bentuk 2D.

Bentuk 2D dan 3D merupakan salah satu topik dalam subjek Matematik di peringkat sekolah rendah. Dalam entri kali ini, saya ingin berkongsi nota serta contoh-contoh soalan berkaitan pengajaran topik Luas dan Perimeter Bentuk 2D yang pernah saya hasilkan pada semester terdahulu. 

Diharap perkongsian nota ini dapat membantu guru-guru yang mengajar subjek Matematik di sekolah rendah dalam memberi kefahaman yang lebih kepada murid-murid. Dan diharap perkongsian nota ini berguna bagi sesiapa yang memerlukan. Selamat maju jaya semua!